Buang bayi: Pelajar kolej direman tujuh hari kerana membunuh

30 Jul 2026 • 1:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buang bayi: Pelajar kolej direman tujuh hari kerana membunuh

KLUANG – Seorang pelajar kolej lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian bayi perempuan yang ditemukan dengan kesan tikaman di dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara di sini semalam.

Perintah reman ke atas suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kluang pagi tadi bermula hari ini sehingga 5 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, remaja itu ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tragis tersebut.

Katanya, remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai melahirkan bayi malang itu masih menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 kanun sama atas kesalahan dengan niat menghalang anak daripada dilahirkan hidup atau menyebabkan kematian selepas dilahirkan,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

The post Buang bayi: Pelajar kolej direman tujuh hari kerana membunuh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved