Wanita Diabaikan Lepas 3 Hari Kahwin, Bercerai Lepas Setahun Sebab Mertua Nak Menantu Doktor

Entertainment
27 Jun 2022 • 3:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hanya disebabkan tidak bekerja sebagai doktor, seorang wanita dibiarkan bergantung tak bertali pada 3 hari selepas pernikahannya.

Perkara tersebut terjadi kepada sepupu wanita yang dikenali sebagai @indahpsptsri4 selepas dia mendedahkan perkara ini di TikTok yang memperlihatkan video sepupunya melangkah keluar dari pejabat agama dengan rasa gembira dan meraih jutaan tontonan.

 

Bercerai selepas setahun

Kata Indah lagi, sepupunya itu ditinggalkan tanpa sebarang kata seawal 3 hari selepas pernikahannya, si bekas suami itu terus ‘mendiam’ sampai setahun sebelum bercerai.

Rupa-rupanya hubungan mereka dikatakan ada campur tangan keluarga mertua, difahamkan ia berpunca daripada keluarga belah sana yang mahukan menantu yang bekerja sebagai seorang doktor.

“Alhamdulillah sepupuku kuat, mandiri, boleh mencari wang, bahkan boleh biaya bekas suaminya.”

@indahpsptsri4

Balas @elcila6 3 hari pernikahan ditinggal tanpa sepatah katapun smpe saat ini sudah 1 thn, hanya karn mantan mertua mencari menantu yang punya gelar dokterimage is not availablealhmdulilah sepupu ku prempuan hebat, kuat, mandiri, bisa cari uang sendiri bahkan bisa biayain hidup mantan suami nyaimage is not available

♬ Hey Ladies – Rossa

Bersimpati dengan nasib sepupunya, ramai netizen di ruangan komen memberikan kata-kata semangat kepada sepupunya itu. Malah ada juga yang pelik wanita secantik ini, berdikari siap boleh tanggung bekas suami sendiri ditinggalkan hanya disebabkan tak jadi doktor.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm, tak sangka dah tahun 2022 masih ada yang ukur kerja sebagai kejayaan seseorang. Apa pun sabarlah, mungkin jodoh dah tertulis untuk dapat yang lebih baik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.