Wanita dibunuh sebelum dicampak di tepi sungai

15 Nov 2026 • 3:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita dibunuh sebelum dicampak di tepi sungai

TAPAH – Wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemukan di tepi sungai berdekatan kebun sayur Jalan Teluk Intan-Bidor, Bidor di sini semalam dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum mayatnya dicampakkan di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan toreh pada leher, dada, lengan, siku dan kepala mangsa dipercayai terkena objek tajam.

“Mangsa yang merupakan warga asing dipercayai dibunuh sebelum dibuang di tepi sungai. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada tubuh wanita berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung penemuan mayat wanita dalam keadaan berseluar panjang di tepi sungai. – KOSMO! ONLINE

 

The post Wanita dibunuh sebelum dicampak di tepi sungai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved