Mayat Wanita Warga Asing Ada Kesan Tetakan, Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh 

15 Nov 2026 • 7:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Mayat Wanita Warga Asing Ada Kesan Tetakan, Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh 

BIDOR - Penemuan mayat seorang wanita warga asing di tebing sungai berhampiran sebuah kebun sayur di Jalan Teluk Intan-Bidor, di sini, semalam, membawa kepada siasatan kes bunuh selepas pemeriksaan awal menemukan kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan tetakan menggunakan senjata tajam pada bahagian leher, dada, tangan, siku dan kepala mangsa.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mangsa,” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan mengenai penemuan mayat wanita itu semalam.

Ketika ditemukan, mangsa memakai seluar panjang. - Getaran, 15 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved