Wanita didakwa bunuh bayi kandung bela diri 9 Februari

26 Nov 2022 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 34 tahun, yang didakwa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan di Kota Belud empat tahun lalu, diperintah membela diri terhadap pertuduhan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelati Parnell membuat perintah itu terhadap Erina Jimmy (gambar) pada Jumaat, memutuskan bahawa mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya dan memerintahnya untuk membela diri.

Amelati menetapkan 9 dan 10 Feb untuk pembelaan Erina.

Peguam Erina, Edward Paul sebelum ini memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan mempunyai dua hingga tiga saksi dan memerlukan dua hari.

Erina, seorang pendatanga tanpa izin, didakwa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan itu pada jam 1.30 tengah hari 18 Okt 2018 di bilik pekerja di Pantai Dugong Mantanani, di Pulau Mantanani di Kota Belud.

Tertuduh pada 4 Okt 2019 mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil 12 saksi untuk memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli.

Dalam kes lain, seorang tukang masak berusia 28 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan mencabul seorang wanita.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat perintah itu terhadap Samrin Nelsi pada Jumaat.

Mahkamah menetapkan 19 Jan untuk pembelaan Samrin.

Samrin didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah restoran di Putatan pada jam 2.20 petang 25 Mac 2021.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, yang menjalankan pendakwaan, telah memanggil empat saksi dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Samrin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili oleh peguam Nabila Norsahar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.