Wanita didakwa muat naik komen hinaan didenda RM50,000

LocalPolitics
24 Sep 2024 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 44 tahun yang memuat naik komen berunsur hinaan di media sosial Facebook yang menyebabkan perasaan tersinggung kepada orang lain, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Hashimah Hasbullah, yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS), membuat pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim, selepas pertuduhan dibacakan kepada Hashimah pada hari Isnin.

Hashimah didakwa memuat naik komen hinaan tersebut di media sosial melalui laman Facebooknya – di mana komen itu dibaca oleh Bharu Sam Bakri pada jam 6.27 petang pada 18 Februari tahun ini di balai polis Beaufort.

Komen tersebut dibuat dengan tujuan untuk menyinggung perasaan orang lain.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Oktober tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membebaskan Hashimah dengan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin tempatan, dan salah seorang penjamin mestilah suaminya.

Mahkamah juga memerintahkan Hashimah untuk menyerahkan pasportnya selepas pulang dari menunaikan Umrah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya memohon tarikh lain dan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin tempatan.

Bagaimanapun, peguam Azhier Farhan yang mewakili Hashimah memohon agar jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Azhier juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak mempunyai risiko melarikan diri kerana suaminya adalah pegawai kanan polis.

Tambahnya, dalam siasatan, Hashimah telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.

Sementara itu di luar mahkamah, Hashimah memaklumkan sebelum ini dia ditahan mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi tetapi pada Isnin hanya Akta Komunikasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.