Wanita Didakwa ‘Scam’ Isteri Along Cham Lebih RM90K Miliki Lima Kes Jenayah

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita yang ditahan berkaitan kes penipuan wang tunai sebanyak RM95,180 terhadap isteri pelawak dan pelakon, Along Cham, iaitu Afreena Suhaimi, didapati mempunyai lima rekod jenayah.

Menurut laporan Sinar Harian, wanita tersebut dipercayai memiliki rekod jenayah berkaitan penipuan di empat negeri, iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kedah, dan Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa wanita itu kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Suspek wanita tersebut kini direman selama empat hari, manakala suaminya pula selama tiga hari, bagi siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hussein menambah, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan bahawa suspek dikatakan cuba membantu menurunkan seksyen tuduhan terhadap Along Cham.

Kita sedang siasat dakwaan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada polis atau agensi lain atau juga satu tuduhan kepada pihak berkuasa.

Pada hari Rabu, suspek bersama suaminya ditahan di kediaman mereka berhubung dakwaan menipu wang tunai lebih RM90,000.

Sebelum ini, Along Cham, atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya telah menyelewengkan dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang sepatutnya digunakan untuk pengurusan dirinya semasa ditahan di Penjara Sungai Buloh dan juga untuk keperluan anak mereka.

Afreena kemudian membuat laporan polis menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang wanita yang mengaku mahu membantu mengurangkan tuduhan terhadap Along Cham.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Tipu Isteri Along Cham, Pasangan Suami Isteri Ditahan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved