Wanita didakwa tipu urusan pelaburan mata wang asing RM500,000

LocalBusiness & Finance
19 Feb 2025 • 5:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dalam urusan pelaburan mata wang asing RM500,000, dua tahun lepas.

L. Kaarthika, 37, seorang peniaga didakwa menipu P. Suresh Kumar, 61, dengan memperdayakan mangsa dalam urusan pelaburan itu di sebuah kondominium di Dang Wangi di sini, pada 19 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan mencadangkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin manakala peguam S. Selvaakumaran yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menjaga keluarga dan menanggung kos perubatan ibunya yang mengalami strok.

Hakim Azrul Darus membenarkan wanita itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved