Wanita dikhuatiri lemas berhampiran Titi Merah Liverpool

8 Nov 2024 • 3:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan berhampiran Titi Merah Liverpool di Sungai Pendang, di sini, pada Jumaat. Foto JBPM Kedah

image is not available
Titi Merah Liverpool

ALOR SETAR - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan berhampiran Titi Merah Liverpool di Sungai Pendang, di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Bin Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.54 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Jalan Raja digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera.

"Setiba di lokasi, pasukan bomba menemui sebuah motosikal di dalam sungai dipercayai akibat terbabas.

"Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dikhuatiri lemas akibat hanyut dalam sungai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Tambah beliau, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah turut menggerakkan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jitra dan Sungai Petani ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan di kawasan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved