Wanita Dilapor Maut Lemas Ketika Menyelam Di Pulau Tenggol

LocalTravel
22 Sep 2024 • 5:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Dilapor Maut Lemas Ketika Menyelam Di Pulau Tenggol

Seorang wanita dilaporkan lemas sewaktu melakukan aktiviti penyelaman dalam satu kejadian di Pulau Tenggol pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir.

Menurut beliau, mangsa yang berumur 33 tahun itu difahamkan berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama 28 penyelam lain melakukan aktiviti selam skuba bersama dua petugas ‘guide diving’ kira-kira jam 9 pagi.

“Namun selepas semua penyelam naik semula ke permukaan air, mangsa didapati tidak timbul dan dua orang petugas itu telah menyelam semula mencari mangsa.

“Mangsa kemudiannya dijumpai terdampar di dasar laut dan telah dibawa ke pantai untuk diberikan bantuan pernafasan (CPR),” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik hospital itu untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian