Seorang wanita muda di Sepanyol tidak menyangka tabiat datang terlalu awal ke tempat kerja akan memakan diri apabila dia dipecat oleh majikannya.
Pekerja syarikat penghantaran di Alicante itu biasanya tiba antara jam 6.45 hingga 7.00 pagi, walaupun kontraknya menetapkan waktu kerja bermula pada jam 7.30 pagi.
Tindakannya dianggap menyalahi arahan kerana dia mula bekerja lebih awal daripada rakan sekerja lain dan tidak mempunyai tugasan rasmi ketika itu. Selepas beberapa kali diberi amaran sejak 2023, majikan akhirnya memecatnya atas alasan “salah laku serius”.
Baca juga:
Mahkamah sokong tindakan majikan
Wanita itu kemudian mencabar keputusan itu di mahkamah sosial Alicante, namun hakim berpihak kepada majikan.
Mahkamah menegaskan tindakan pekerja tersebut menjejaskan kepercayaan dan kesetiaan dalam hubungan kerja kerana dia terus mengabaikan amaran majikan.
“Perbuatannya menjejaskan hubungan kepercayaan dan kesetiaan… kesalahannya cukup serius untuk dikira sebagai pelanggaran disiplin besar yang membenarkan penamatan kontrak,” jelas keputusan mahkamah itu.
Moralnya, datang awal belum tentu tanda rajin, yang penting, datang tepat pada waktunya.
Sumber: Oddity Central
The post Wanita dipecat kerana datang kerja terlalu awal, saman majikan appeared first on The Reporter.

