Wanita direman empat hari disyaki muat naik video hasutan terhadap Sultan Perak

6 May 2023 • 6:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Wanita yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik video berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata suspek berusia 34 tahun yang ditahan polis di Klang, Selangor semalam itu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berkenaan disyaki dimuat naik suspek melalui akaun TikTok @ijaheartfarizahwhitenew, Isnin lalu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved