Wanita Disapa Sekumpulan Individu Edar Flyers Di Bukit Bintang, Ingatkan Ah Long Rupa-Rupanya…

9 Sep 2024 • 1:37 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepotong video memaparkan beberapa individu berarak di sekitar kawasan Bukit Bintang sambil menggayakan baju sedondon persis kumpulan Ah Long mengundang perhatian netizen baru-baru ini.

Pakai baju sedondon edar flyers? 

Menerusi video yang di muat naik oleh seorang wanita di TikTok, memaparkan beberapa individu yang memakai baju kemeja T berona kuning dan hitam sedang mengedarkan flyers.

Tidak terhenti di situ, salah seorang lelaki daripada kumpulan tersebut bertindak menegur dan meminta wanita itu untuk mengimbas kod QR di flyers terbabit. 
 

@ainrashidi Tiberrr. Ingatkan rombongan apa, rupanya geng2 Baik Punya Ah Long.. so I follow je la ? @Astro Shaw belanja ticket please? #BaikPunyaAhLong #JozanIsBack #Jozan #SemuaBolehSettle#CapCut ♬ September - Earth, Wind & Fire





Rupa-rupanya setelah di imbas kod QR, memaparkan borang untuk di isi bagi memenangi tiket percuma filem Baik Punya Ah Long. 

“Ingat kan scan QR boleh selesaikan loan PTPTN saya rupanya berpeluang menangi dua tiket percuma tengok Baik Punya Ah Long,” ujar wanita tersebut.