Wanita Disyaki Muat Naik Video Hasutan Terhadap Sultan Perak Ditahan - Bukit Aman

6 May 2023 • 7:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Polis dalam satu kenyataan memaklumkan suspek ditahan di kawasan parkir kereta di Klang, Selangor semalam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun kerana disyaki memuat naik video yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di akaun media sosial Tiktok @ijaheartfarizahwhitenew, Isnin lepas.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan memaklumkan suspek ditahan di kawasan parkir kereta di Klang, Selangor semalam.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo Y15A serta dua keping kad sim dan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Beliau berkata permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Noorsiah turut menasihati orang awam agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved