Wanita Ditahan Bawa Pisau! Buat Kecoh Di Rain Rave Water Music Festival 2026

LocalEntertainment
3 May 2026 • 11:23 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas didapati memiliki senjata berbahaya iaitu pisau ketika berlangsungnya malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata tangkapan itu merupakan satu-satunya insiden direkodkan sepanjang penganjuran festival berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 April lalu.

“Wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kita akan mendapatkan perintah reman terhadapnya. Motif dia membawa senjata berkenaan masih dalam siasatan,” katanya di sini, malam tadi.

image is not available

Menurut beliau, dianggarkan kira-kira 30,000 pengunjung membanjiri malam penutup festival berkenaan yang dianjurkan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Beliau berkata, secara keseluruhan penganjuran festival tersebut berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Secara keseluruhan, program ini berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” jelasnya.

image is not available

Tambahnya, beberapa individu mencurigakan turut ditahan sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan sepanjang festival berlangsung.

Dalam pada itu, seramai 500 pegawai dan anggota polis digerakkan setiap malam sepanjang festival berkenaan, melibatkan kekuatan dari Kontinjen Kuala Lumpur, enam daerah di bawahnya serta bantuan dari Bukit Aman.

“Penugasan ini besar bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran festival anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Tourism Malaysia.

Fadil turut hadir setiap hari sepanjang penganjuran bagi memantau situasi semasa termasuk aspek keselamatan dan kelancaran trafik di sekitar lokasi.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang wanita dipercayai mengeluarkan pisau dan cuba menyerang seorang lelaki, sebelum ditenangkan oleh individu lain di lokasi kejadian.

Sumber: IG jxsttin_

The post Wanita Ditahan Bawa Pisau! Buat Kecoh Di Rain Rave Water Music Festival 2026 appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved