
LAHAD DATU: Seorang wanita warga asing berusia 38 tahun ditahan bersama 5.16 gram bahan dipercayai syabu.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata wanita berkenaan ditahan susulan Ops Tapis yang dijalankan di Jalan Pantai pada Rabu.
“Hasil pemeriksaan terhadap wanita yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri itu menemui 5.16 gram syabu.
“Dadah tersebut yang disimpan di dalam sebuah kotak vitamin dianggarkan bernilai RM562.10,” katanya menambah bahawa kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dzulbaharin berkata pihak polis akan memohon perintah reman dan menjalankan siasatan lanjut.





