Wanita Ditahan Menyamar Jadi Petugas Hospital Minta Bayaran Masuk Wad

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 3:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Polis telah menahan seorang wanita yang menyamar sebagai kakitangan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan didakwa meminta bayaran deposit wad secara tunai tanpa memberikan sebarang resit.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian itu.

Menurut beliau, wanita tempatan berusia 27 tahun yang dipercayai bertugas sebagai sukarelawan di hospital tersebut telah ditahan selepas seorang lelaki warga asing berumur 38 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar, membuat laporan.

Lelaki itu mendakwa suspek meminta bayaran deposit sebanyak RM700.

“Suspek ditahan dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pihak pengurusan HSA memaklumkan melalui satu kenyataan bahawa mereka memandang serius isu yang menjadi tular di media sosial itu.

Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan bukan kakitangan hospital.

“Sehubungan itu, tindakan segera telah diambil dan individu tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan berkenaan.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

The post Wanita Ditahan Menyamar Jadi Petugas Hospital Minta Bayaran Masuk Wad appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved