Wanita ditemui mati dalam tandas

15 Feb 2025 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wanita berusia 44 tahun ditemui mati dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan, Batu Gajah pada Sabtu. Foto Bomba Perak

BATU GAJAH - Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di sini pada Sabtu.

Mayat mangsa, N Ananti, 44, dikeluarkan menerusi khidmat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah selepas menerima panggilan pada jam 9.33 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan dibuat suami wanita tersebut yang mengesyaki sesuatu terjadi kepada mangsa.

"Anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan bolt cutter untuk mengeluarkan mangsa.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tersebut tamat jam 9.46 pagi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved