Gas pendingin hawa meletup: Seorang maut, dua parah

12 Jan 2026 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Situasi di lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian letupan gas pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini pada Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun.

“Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 10 orang membabitkan pelajar, juruteknik, kontraktor serta pekerja kantin.

“Daripada jumlah itu, seorang disahkan meninggal dunia, dua parah manakala selebihnya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan satu kejadian letupan di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa di universiti swasta itu kira-kira jam 11.40 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved