Wanita, dua budak cedera rumah ditimpa pokok tumbang

18 Jul 2026 • 4:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Wanita, dua budak cedera rumah ditimpa pokok tumbang

SANDAKAN: Tiga individu, termasuk dua kanak-kanak perempuan, cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Kampung Gum-Gum Kecil, Batu 16, di sini, lewat Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 10.04 malam sebelum sebuah jentera bersama anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23km dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.31 malam dan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap bahagian dapur sebuah rumah sehingga menyebabkan kira-kira 40 peratus kerosakan.

“Terdapat tiga mangsa cedera dan mereka telah pun dihantar ke hospital oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan bomba,” katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhaini Awang, 47, Dayang Daphne Danisha Terrence dan sepupunya Dayang Azzwenna Aqillah Hazis, masing-masing 11 tahun.

Menurut Jimmy, pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja memotong pokok tumbang menggunakan gergaji berantai sebelum mengalihkan pokok tersebut ke kawasan yang selamat.

“Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan dan disahkan tiada lagi bahaya di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 9.10 pagi Jumaat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved