Lelaki cedera parah ditimpa pokok

13 Jul 2026 • 4:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki cedera parah ditimpa pokok

Tuaran: Seorang lelaki berusia 57 tahun cedera parah di kepala akibat ditimpa pokok ketika menjalankan kerja-kerja menebang pokok di Jalan Perumahan Kionsom Baru, Tamparuli, di sini petang Ahad.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Kurong ak Beki berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.10 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian sejauh 23 kilometer beserta satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya di lokasi pada jam 4.30 petang, pasukan mendapati mangsa berada kira-kira 700 meter dari jalan raya selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditimpa pokok ketika melakukan kerja-kerja menebang pokok.

“Anggota bomba segera memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya keluar menggunakan pengusung,” katanya dihubungi.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 5.48 petang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved