Wanita ‘Free Hair’ Didakwa Sedang Bercinta Dengan Syamsul Yusof Akhirnya Tampil Bersuara

Entertainment
6 Nov 2023 • 7:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini pengarah, Syamsul Yusof menjadi perhatian apabila dia dilihat menyambut sambutan hari lahir bersama seorang wanita cantik. Ada juga mendakwa yang wanita itu adalah kekasih barunya. Biar betul?

Terbaru! Menurut laporan mStar, wanita yang disebut-sebutkan itu, Irene Deanna akhirnya tampil bersuara dan menjelaskan hal sebenar mengenai hubungannya bersama Syamsul.

Saya dan Syamsul sekadar kenalan, sebab dia kawan ayah saya. Sekadar kenalan hi dan bye macam itu.

Irene juga terkejut namanya menjadi sebutan ramai dan terhibur dengan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di Instagramnya.

 Isu itu sama sekali tidak menganggu hidup saya. Saya buat kerja macam biasa sahaja. Rasa stress pun tidak.

Tambahannya lagi, khabar angin tersebut mula tular disebabkan Syamsul memiliki urusan kerja bersama syarikat bapanya.

Nama Irene mula jadi perhatian warganet selepas tular foto mesranya bersama Syamsul Yusof.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved