Wanita garu kaki ‘berkerak’ guna garfu makanan dalam restoran

24 Jul 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita garu kaki ‘berkerak’ guna garfu makanan dalam restoran

WASHINGTON – Seorang wanita yang menaiki sebuah kapal persiaran di Amerika Syarikat menerima kecaman orang ramai kerana dirakam menggaru tapak kakinya dengan garfu, lapor laman berita Detik. 

Kejadian dirakam di dalam restoran di atas kapal persiaran Carnival Cruise Line, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lucky_charmedcourt menunjukkan wanita terbabit sedang menggaru tapak kakinya sebelum makan sepotong piza menggunakan tangan yang sama. 

Situasi bertambah buruk apabila dia menggunakan garfu untuk menggaru kakinya yang dilihat mengalami iritasi atau masalah kulit.  

Rakaman itu mencatatkan lebih 15,.8 juta tontonan dan menerima pelbagai reaksi. 

“Saya akan membawa sudu garfu sendiri ke restoran selepas ini,” kata seorang netizen. – AGENSI

The post Wanita garu kaki ‘berkerak’ guna garfu makanan dalam restoran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved