Wanita hamil dituduh mencuri, Lotus's jalankan siasatan menyeluruh

12 Jul 2026 • 3:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita hamil dituduh mencuri, Lotus's jalankan siasatan menyeluruh

SHAH ALAM, 12 JULAI: Lotus's Malaysia memulakan siasatan menyeluruh susulan dakwaan seorang wanita mengandung dituduh mencuri dan diperlakukan secara tidak wajar ketika membeli-belah di sebuah cawangannya di Selayang, semalam.

Syarikat itu memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai insiden yang tular di media sosial dan sedang mengumpul maklumat bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kejadian berkenaan.

"Kami amat kesal mengetahui bahawa perkara itu menimbulkan keresahan kepada pelanggan terbabit. Kami memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan.

"Kami sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai apa yang berlaku.

"Pihak kami juga sudah menghubungi pelanggan terbabit bagi mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai pengalaman dialaminya," katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menurut Lotus's Malaysia, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung insiden itu memandangkan siasatan masih berjalan.

Terdahulu, suami kepada wanita berusia 23 tahun itu mendakwa isterinya diarahkan berdiri selama kira-kira 20 minit selepas dituduh menyembunyikan barangan di dalam pakaian ketika berada di pasar raya berkenaan.

Lelaki dikenali sebagai Fareez, 25, berkata lebih mengejutkan apabila kakitangan terbabit memandang ke arah perut isterinya sebelum mengajukan soalan yang disifatkan tidak wajar.

“Dia memandang perut isteri saya sebelum bertanya, ‘Akak ada simpan barang apa dalam perut tu?'” katanya.

Fareez berkata beliau kemudian meminta kakitangan terbabit menunjukkan bukti bahawa isterinya mencuri seperti didakwa.

Bagaimanapun, menurutnya, kakitangan berkenaan sebaliknya meminta isterinya menunjukkan Buku Pink sebagai bukti kehamilan sebelum mengarahkan wanita itu mendedahkan bahagian perut bagi membuktikan tiada barangan disembunyikan.

Hantarannya mengenai kejadian itu yang dimuat naik di media sosial mengundang pelbagai reaksi warganet, dengan kebanyakan mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan penyelia terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved