Wanita hampir disamun lelaki tidak dikenali di Tawau

22 Jul 2024 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Cubaan seorang lelaki melakukan jenayah samun dengan mendekati seorang wanita nengenai ‘tayar kereta pancit’, gagal apabila perbuatannya disedari orang awam di Jalan Pelabuhan sekitar jam 10 pagi, Ahad.

Tindakan suspek turut dirakam dalam satu video tular di media sosial yang memaparkan lelaki tersebut cuba menyamun sebuah kereta di tempat letak kereta di lokasi berkenaan.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa berumur 32 tahun, yang turut dicekik suspek, segera membuat laporan polis sejurus kejadian.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa hendak masuk ke dalam keretanya sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali (suspek).

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Suspek dikatakan menegur mangsa dan mengatakan tayar kereta mangsa pancit... Suspek kemudiannya secara tiba-tiba terus mencekik leher mangsa dan cuba untuk mengambil barangan berharga milik mangsa tetapi tidak berjaya lalu melarikan diri,” katanya.

Jasmin berkata siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan samun.

Jasmin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Izzul Adha Mohd Razali di 019-7705577.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.