Wanita Hilang Di Johor Sejak 2019 Ditemukan Selamat Di Langkawi

18 Jun 2026 • 10:29 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Wanita Hilang Di Johor Sejak 2019 Ditemukan Selamat Di Langkawi

ALOR SETAR – Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 2019 selepas meninggalkan kediaman keluarganya di Johor Bahru ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Taman Helang Perdana, Kuah, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata terdahulu sepasukan anggota polis bertindak membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira 11 malam semalam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita berusia 21 tahun menetap di rumah tersebut bersama seorang anak.

“Pemeriksaan lanjut berdasarkan rekod orang hilang mendapati wanita berkenaan masih tersenarai sebagai individu hilang susulan laporan polis yang dibuat di Majidee, Johor pada 2019.

“Wanita terbabit mengaku keluar meninggalkan rumah keluarganya di Johor Bahru sebelum menetap di Langkawi. Wanita itu juga mendakwa telah berkahwin dengan seorang warga asing, namun suaminya tiada di rumah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak keluarga wanita berkenaan juga telah dimaklumkan mengenai penemuan itu. Kisah penemuan wanita itu turut tular menerusi media sosial hari ini.

The post Wanita Hilang Di Johor Sejak 2019 Ditemukan Selamat Di Langkawi appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved