Wanita Hilang Kaki Selepas Terjatuh Di Travelator Lapangan Terbang Don Mueang Di Bangkok

30 Jun 2023 • 6:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wanita ini terjatuh di atas laluan perjalan kaki yang bergerak mendatar pada Khamis sebelum penerbangannya ke Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand. - Gambar dari media sosial

BANGKOK - Kaki seorang wanita terpaksa dipotong selepas terjatuh di travelator di Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media.

Penumpang wanita itu yang identitinya belum diumumkan, terjatuh di atas laluan perjalan kaki yang bergerak mendatar pada Khamis sebelum penerbangannya ke Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand, lapor Bangkok Post, memetik perkhidmatan kecemasan.

Impak jatuh mangsa menyebabkan penutup pejalan kaki itu terbuka lalu menarik kaki kiri wanita itu ke dalam jentera.

Doktor terpaksa memotong kaki di atas lutut tanpa ada harapan ia boleh disambung semula.

Pihak berkuasa lapangan terbang, Airports of Thailand, segera mengarahkan pemeriksaan keselamatan di semua travelator di lapangan terbang berkenaan. - Bernama-dpa