Wanita hilang selepas keluar temu duga kerja

23 Jun 2026 • 4:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita hilang selepas keluar temu duga kerja
Norafiza Zainuddin kali terakhir dilihat keluar dari rumah keluarganya di Taiping dengan memaklumkan mahu menghadiri sesi temu duga di sebuah hotel di Kuala Kangsar.
Image from: Wanita hilang selepas keluar temu duga kerja
Keluarga Norafiza Zainuddin mohon kerjasama orang ramai yang mengenali mangsa supaya dapat menghubungi balai polis berhampiran.

IPOH - Seorang wanita dilaporkan hilang sejak 16 Jun lalu selepas keluar rumah untuk menghadiri temu duga kerja sebelum gagal dikesan sehingga kini.

Mangsa, Norafiza Zainuddin, 41, kali terakhir dilihat keluar dari rumah keluarganya di Taiping dengan memaklumkan mahu menghadiri sesi temu duga di sebuah hotel di Kuala Kangsar.

Adiknya, Ahmad Zulhilmi, 34, berkata, kehilangan kakaknya itu disedari selepas mangsa tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam pada hari sama.

Menurutnya, usaha menghubungi mangsa juga gagal apabila telefon bimbit wanita itu didapati telah ditutup.

**media[3560005]**

“Kami cuba hubungi banyak kali tetapi tidak berjaya. Sampai sekarang memang tiada khabar berita,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, laporan polis pertama dibuat di Balai Polis Kamunting pada 18 Jun sebelum satu lagi laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi mendapatkan tindakan lanjut.

Menurutnya, keluarga tidak menemui sebarang petunjuk sehinggalah kenderaan mangsa ditemui pada Ahad lepas.

“Kereta kakak dijumpai di kawasan Batu Hampar, Padang Rengas oleh penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.

Zulhilmi berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan itu masih berada dalam keadaan baik dengan kunci serta barangan peribadi di dalamnya, namun mangsa tiada di lokasi.

Tambahnya, keluarga turut menyemak lokasi temu duga yang dimaklumkan mangsa, namun dimaklumkan tiada sesi temu duga diadakan pada tarikh berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan ibu kepada dua anak perempuan itu baru sahaja bercerai awal tahun ini dan sebelum ini tinggal bersama keluarga di Taiping.

“Kami sekeluarga buntu dan tidak tahu di mana lagi hendak mencari," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi balai polis berhampiran atau keluarga mangsa di talian 0195777782.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved