Wanita Indonesia maut, ditemui berlumuran darah tepi tangga

29 Jan 2024 • 11:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga tingkat lima, Desa Mentari di sini pada Isnin.

Difahamkan, terdapat beberapa kesan kecederaan di badan mangsa berusia lingkungan 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor tiba di lokasi selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 pagi.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti kesan kecederaan yang dialami mangsa.

"Kita meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, usaha mengesan pelaku masih dijalankan.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved