Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800

12 Sep 2022 • 4:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Murah sangat dah ni.

Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800. Lepas pandemik ini, sektor pelancongan ke dalam mahupun luar negara kembali rancak. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti untuk pelbagai tujuan, seperti mana yang dilakukan oleh wanita ini. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Mary James, percutiannya di Bali kelihatan begitu berbaloi dan memorable sekali. Paling penting, kos keseluruhan untuk percutiannya itu tidak sampai RM 2,000 pun!

Mary memulakan perjalanannya dari Kapit, Sarawak menggunakan beberapa mod pengangkutan seperti bas dan kapal terbang. Difahamkan, kos ini merupakan kos keseluruhan termasuk tiket bas, tiket penerbangan, tempat tinggal, makan minum dan bayaran masuk ke destinasi pelancongan.

image is not available
Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 6H5M Dari Kapit Ke Bali Dengan Bajet RM 1,800. Sumber: FB Mary James

Untuk itinerari percutian selama 6 hari 5 malam ini, mari kita baca sendiri perkongsian daripada Mary James seperti mana ditulis oleh beliau di laman Facebooknya. Hantaran ini telah kami sunting mengikut pecahan seperti pengangkutan, tempat penginapan, makan minum dan sebagainya.


1. Pengangkutan

Pecahan kos untuk percutian 6 hari 5 malam : RM1800 (termasuk pengangkutan + tiket penerbangan + yuran masuk + hotel). Semua harga ini termasuk aktiviti.

Di Bali, saya memang recommend 100% puas hati jika ambil pakej dari Supirbali.com (Alfian Bali) Anda cuma tinggal maklumkan sahaja destinasi yang anda ingin kunjungi, Alfian Bali akan hasilkan itinerari berserta kos keseluruhan. Yang pasti, pakej dari beliau sangat berpatutan, menepati masa dan sangat hormat klien

Berikut adalah pecahan pengangkutan Mary dari Kapit sehingga ke Bali:

Kapit – Sibu image is not available Bas (3 jam sehala): RM44 (pergi balik)

Sibu – KL AirAsia (2 jam sehala): RM514 (pergi balik)

KL – Bali image is not available AirAsia, (3 jam sehala): RM631 (pergi balik)

Supir/pemandu (persendirian), tour guide (persendirian), aktiviti (persendirian dan awam, ada berbayar dan ada yang percuma), tiket masuk tempat pelancongan, boat transfer (untuk ke Nusa Penida, Nusa Lembongan): RM800 (6 hari)

image is not available
Nusa Ceningan & Nusa Lembongan. Sumber: FB Mary James


2. Tempat Penginapan

Hotel : RM351 (5 malam – Kuta / Ubud / Nusa Lembongan)

Hotel tiada masalah, price range RM120 ke atas sudah 3 stars. Nak yang biasa-biasa / standard hotels di bawah RM120 pun ada banyak. Villas and beach front resorts mostly eksklusif dan spacious (quite pricey around RM350 and above). Ikut bajet sendiri ya.

image is not available
Nusa Lembongan Ocean Paradise Cottage. Sumber: FB Mary James

Ubud, lokasi wajib untuk anda singgah bermalam

Bermalam juga di Ubud untuk merasa tropical vibes kerana dikelilingi tumbuhan hijau dan sedikit sejuk berbanding tempat lain. Jika ada masa, boleh teruskan ke Nusa Ceningan dan Nusa Lembongan, stay a night or two image is not available Transport adalah boat image is not available dan harga tiket RM40 dari Sanur ke Nusa Penida (1 jam). RM20 dari Nusa Penida ke Nusa Lembongan (30 minit). Untuk Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan, tour kami diuruskan Kinara nusatour dan ini juga mmg sudah include under Supirbali.com.

image is not available
Ubud Tropical. Sumber: FB Mary James


3. Makan dan minum

Makan dan minum : RM260 for 6 hari

Kami pilih makanan lokal untuk harga yang lebih murah dan rasa makanan Bali yang asli) seperti Babi Guling, Ayam Betutu, Ikan Bakar Bali, Sate Lilit dan Bebek Timbungan. Anda mesti cuba rasa!

image is not available
Warung Babi Guling Pak Malen, Kuta. Sumber: FB Mary James


4. Destinasi wajib pergi di Bali

Menurut Mary, pakej percutiannya ke Bali berharga RM 1,800 ini merangkumi 8 destinasi di Bali. Antaranya adalah seperti:

Kuta

Legian

Seminyak

Sanur

Ubud

Uluwatu

Nusa Penida

Nusa Lembongan image is not available

Nusa Ceningan

Yuran masuk kebiasaannya hanya berharga RM10 ke bawah.

Kecak dance di Uluwatu: RM48

image is not available
Kecak dance di Uluwatu. Sumber: FB Mary James

image is not available
Mangrove Snorkelling, Nusa Ceningan. Sumber: FB Mary James

image is not available
Tarikan pelancongan di sekitar Ubud, Bali. Sumber: FB Mary James

This time kami tidak pergi ke Kintamani (Mt. Batur), Nusa Dua, Jimbaran, dan Crystal Bay Nusa Penida kerana dah pernah pergi. Korang boleh masukkan kalau nak. Lempuyang mmg tak pergi sebab perjalanan terlalu time consuming plus hanya ada 1 main attraction sahaja di sana.

Ini pula senarai destinasi yang mesti masuk dalam senarai percutian ke Bali menurut Mary.


Nusa Penida dan Nusa Lembongan

Jika ke Bali, wajib masukkan Nusa Penida kerana view dan landscape yang sangat cantik. Rugi jika hanya cover Kuta dan Ubud sahaja.

image is not available
Kelingking Beach, Nusa Penida. Sumber: FB Mary James

Diamond Beach Nusa Penida pun sangat cantik kena hiking sedikit image is not available Untuk sunset terbaik boleh pergi Rock Bar, Ayana Resort and Spa. (Pricey, but worth it).

Untuk pantai, di mana-mana pun ada and mostly allow swimming. Namun pantai terbaik semestinya semestinya di Nusa Penida and Nusa Lembongan. Pasirnya putih. Kalau di area Kuta, Seminyak and Nusa Dua agak crowded.

image is not available
Blue Lagoon, Nusa Lembongan. Sumber: FB Mary James

image is not available
Angel’s Billabong, Nusa Penida. Sumber: FB Mary James

image is not available
La Plancha, Seminyak. Sumber: FB Mary James


Bali Swing di Sa-i Ma-i Warung

Untuk Bali swing, saya recommend Sa-i Ma-i Warung kerana view paling cantik dan menyediakan gown sekali photo spot lain-lain free of charge. RM48 ringgit sahaja. Elakkan ke swing yang pricey tapi view hanya pokok kelapa dan hutan bukannya rice terrace (Tegallalang Rice Terrace).

Swing (Warung Sai Mai) view cantik so recommended. Cuma 150k rupiah = RM46
Superman Zipline (adventure park area) 350k = RM107

image is not available
Sa-i Ma-i Warung &Tegallalang Rice Terrace. Sumber: FB Mary James

image is not available
Sumber: FB Mary James


Taman Dedari, Ubud

Menurut Mary, Taman Dedari, Ubud adalah lokasi must-go yang mesti anda kunjungi sebagai pelancong ke Bali. Di sini, anda boleh makan dan menikmati pemandangan patung atau statue yang menakjubkan dan magical.

image is not available
Sumber: FB Mary James


5. Buah tangan

Boleh pergi mana-mana flea market (gunakan skil tawar menawar anda. Anda boleh mendapatkan harga ole-ole daripada RM90 jadi RM20). Fixed price dan murah boleh pergi Krisna Oleh-Oleh Bali.

Di akhir perkongsian beliau, percutian ke Bali sangat selamat untuk pelancong solo mahupun berkumpulan. Servis di sana juga di tahap yang sangat memuaskan. Mungkin juga kerana sektor pelancongan adalah industri utama mereka di sana.

Selain itu, orang Bali juga dikatakan sangat peramah dan membuatkan kedatangan anda begitu dialu-alukan. Aww!

Pesan Mary lagi, jika anda nak ke Bali, tempoh yang paling sesuai adalah sekitar sekurang-kurangnya seminggu. Paling afdal, 2 minggu lah. Hehe.

Menarik betul kan? Harap perkongsian Mary ini bermanfaat untuk anda yang ingin menjadikan Bali sebagai destinasi pelancongan kasual mahupun untuk percutian bulan madu. Anda boleh melihat foto penuh percutian Mary James di laman Facebook beliau.

Nota kaki: Macam lagi berbaloi simpan duit pergi ke sini berbanding beli iPhone 14. Jum merancang dari sekarang.

Kat tempat kita pun tak kurang hebatnya tau. Contohnya seperti resort atas air dekat Semporna ni: