Wanita Jerman Kongsi Perkara Dipelajari Setelah Berkahwin Dengan Lelaki Malaysia

13 Apr 2026 • 4:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wanita Jerman Kongsi Perkara Dipelajari Setelah Berkahwin Dengan Lelaki Malaysia

Wanita Jerman Kongsi Perkara Dipelajari Setelah Berkahwin Dengan Lelaki Malaysia

Malaysia sememangnya tidak asing sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.

Ada yang datang untuk belajar, ada pula yang bekerja. Tidak kurang, ramai juga yang sekadar mahu bercuti seketika, lari daripada kesibukan hidup harian.

Tidak dinafikan, keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan keramahan rakyat Malaysia sering menjadi pujian.

Namun, ada satu perkara lain yang hampir pasti membuatkan pelancong jatuh cinta tanpa syarat terhadap Malaysia.

Menerusi perkongsian TikTok @acz1307, sebagai orang Jerman, dia berkongsi beberapa perkara yang dipelajarinya setelah berkahwin dengan lelaki Malaysia.

Image from: Wanita Jerman Kongsi Perkara Dipelajari Setelah Berkahwin Dengan Lelaki Malaysia

Makanan adalah segalanya

Tidak dinafikan, makanan di Malaysia mencerminkan budaya identiti dan hubungan emosi Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Tahap Pedas

Kongsinya lagi, orang asia khususnya Malaysia cukup sinonim dengan kebanyakan makanannya mempunyai rasa pedas.

Bagi orang luar terutamanya dari Eropah, ia merupakan satu cabaran untuk mencuba dan beradaptasi denan budaya makanan di sini.

Baca juga:

"Saya boleh kata berbangga dengan diri sendiri sebab boleh handle sambal macam orang tempatan sekarang," katanya.

Hubungan Keluarga Yang Akrab

Di Malaysia, kebanyakan ahli keluarga tinggal berdekatan dan sentiasa ziarah menziarahi.

Perkara ini sudah menjadi norma masyakarat kerana dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga.

Berbeza dengan masyarakat di Jerman, dia berkongsi keluarga di sana hanya berkumpul sewaktu menyambut hari lahir dan sambutan krismas.

Jelasnya, meskipun jarang bertemu namun setiap daripada mereka saling menyayangi.

Waktu Bekerja Berbeza Di Malaysia

Image from: Wanita Jerman Kongsi Perkara Dipelajari Setelah Berkahwin Dengan Lelaki Malaysia

"Saya ambil masa untuk sesuaikan diri dengan dengan waktu Malaysia yang lebih fleksibel dan tak cuak bila kami lambat," katanya.

Spontan/ Semua Benda Last Minit

Selain itu, benda yang dia sendiri susah untuk faham di Malaysia adalah berhenti rancang setiap waktu dalam sehari dan lebih kepada nikmati suasana.

Di sini, ramai yang selalu ajak untuk keluar melepak.

"Di Jerman, saya lebih risau tentang masa depan, kewangan dan keperluan.

"Tetapi di Malayia, kehidupan lebih tenang dan mudah. Saya selalu tanya pada diri sendiri apa yang saya risaukan sangat sebelum ini," katanya.

Syurga Makanan

Image from: Wanita Jerman Kongsi Perkara Dipelajari Setelah Berkahwin Dengan Lelaki Malaysia

Sejujurnya, dia mengakui makanan, keluarga dan pengalaman di Malaysia membuatkan negara ini seperti rumah baru buatnya