Wanita Kantoi ‘Gian’ Curi Dompet Dan ‘Handbag’ Di Pasar Raya, Individu Tengah Solat Dekat Surau Pun Jadi Mangsa!

LocalPolitics
22 Nov 2024 • 11:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Wanita curi dompet

Seorang suri rumah berusia 45 tahun akhirnya diberkas polis selepas sekian lama melakukan jenayah mencuri. 

Menurut laporan Kosmo, wanita yang berasal dari Pulau Pinang ini bukan saja ‘target’ beg tangan dan dompet di pasar raya, malah turut mencuri barangan peribadi pengunjung yang sedang solat di surau!

Polis dedah taktik licik wanita untuk mencuri

image is not available

Wanita tersebut ditahan selepas kelakuannya mencurigakan di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, Melaka dan perkara ini dikatakan sendiri Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Ketika itu, suspek dikatakan sedang berjalan ke arah pintu masuk menuju kawasan parkir sebelum diserbu oleh pihak polis.

Hasil pemeriksaan terhadap beg sandang suspek, polis menemui dua dompet yang mengandungi dokumen milik beberapa individu lain, dipercayai mangsa kejadian.

Jenayah lama wanita itu juga terbongkar

image is not available

Lebih mengejutkan, suspek yang merupakan ibu kepada empat anak ini mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes curi serta dua kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. 

Barangan yang dirampas kini berada dalam simpanan polis, dan suspek ditahan di lokap Balai Polis Malim untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pasar raya dan surau jadi sasaran

image is not available

Tindakan suspek yang mencuri di surau telah menimbulkan kemarahan ramai kerana ia berlaku di tempat ibadah yang sepatutnya menjadi kawasan aman.

Ketua Polis turut menyeru masyarakat agar lebih berwaspada terhadap barang peribadi mereka, terutama di tempat awam seperti pasar raya dan surau.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini memberi peringatan agar kita lebih berhati-hati dengan barang berharga di tempat awam. Pastikan dompet dan beg sentiasa dalam kawalan, walaupun sedang menunaikan ibadah. Ingat, peluang mencuri sering wujud apabila kita leka. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo