Wanita Kecewa Dihalau, Tidak Dibenarkan Main Golf Sebab Pakai Skirt Panjang

15 Jul 2025 • 12:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pemain golf meluahkan rasa kecewa apabila tidak dibenarkan bermain di sebuah kelab golf di Bukit Rotan, Selangor hanya kerana tampil lebih sopan mengenakan skirt yang lebih panjang.

Tak boleh main golf kerana skirt panjang

@maryamishakgolf

Saya sangat kecewa dengan tindakkan secretary Royal Kampung Kuantan Club yang bertegas tidak membenarkan saya main pada hari ini. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #golfmalaysia #golftiktok

♬ original sound – Maryam Ishak – Maryam Ishak

Menerusi hantaran di TikTok @maryamishakgolfm memaklumkan dia dijadualkan tee off jam 8.30 pagi namun dihalang oleh pihak petugas dan diminta untuk menukar pakaian jika ingin meneruskan permainan.

“Saya rasa dimalukan serta didiskriminasikan. Sebelum ini, banyak kali mengenakan pakaian sebegini namun tiada masalah malah dalam buku peraturan juga tidak menyatakan bahawa skirt panjang tidak dibenarkan.

“Saya tidak dibenarkan untuk bermain melainkan saya tukar baju, seluar baru boleh saya main,” ucap Maryam di TikTok, baru-baru ini.

image is not available

Dalam pada itu, Maryam memaklum dia bertambah kecewa apabila pada hari kejadian dia turut membawa rakan-rakanya yang datang dari jauh namun terpaksa membatalkan niat untuk main bersama.

“Saya sangat kecewa sebab saya bawa kawan-kawan saya dari Seremban, dua orang tapi semua tak jadi main sebab tidak sampai hati melihat saya tidak dibenarkan untuk bermain.

“Saya tidak tahu apa masalah dengan skirt panjang dengan pakain orang lain. Saya boleh sahaja berlari, melompat sekalipun dan menjaga pemakaian supaya tak sakitkan mata orang,” jelasnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa kurang senang kerana wujudnya diskriminasi dan menggesa agar kaum wanita dibenarkan untuk memakai skirt panjang bagi tampil lebih sopan dan menutup aurat.

Malah ada juga warganet berpendapat bahawa wanita itu sengaja bertindak ‘play victim’ dan mustahil sekiranya seorang ahli kelab tidak megetahui segala peraturan yang telah ditetapkan kerana tidak semua kelab golf menetapkan cara pemakaian yang serupa.

Pasti ada hikmah

image is not available

Lain kelab lain peraturan

image is not available

Sepatutnya tahu peraturan

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 110,000 tontonan dan lebih 2,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Maryam Ishak