Wanita kecewa pesakit kanser pankreas tahap 4 ‘disidai’ pihak hospital – “Macam2 karenah tak masuk akal!”

22 Oct 2024 • 6:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Syuhada meluahkan rasa kecewa dengan sistem pengurusan pihak hospital ketika mendapatkan rawatan untuk adiknya yang hidap kanser pankreas tahap 4.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syuhada di laman Facebooknya, dia mendakwa terpaksa melayani prosedur tak masuk akal sewaktu temu janji untuk mendapatkan keputusan biopsi adiknya yang telah dibuat pada awal September lalu.

“Dari hospital Besut.. Macam-macam karenah yang tidak masuk akal. Panjang cerita.. Tetap bersabar. Ingat akan berakhir dekat hospital Besut je, rupanya Hospital Sultanah Nur Zahirah pun sama.

“Hari ini appoiment untuk review result biopsi yang buat pada awal September lepas, 25 September hospital bagi tarikh untuk datang review result.

“Tunggu berjam-jam tak apa lagi asalkan berbaloi. Masuk bilik doktor, owh result belum siap. Masuk wad dulu. Nanti kita bagi tarikh, kami pun okay,” katanya.

Kanser pankreas tahap 4

image is not available

Bagaimanapun, selepas berjam-jam menunggu, Syuhada meluahkan rasa terkilan apabila usahanya untuk mendapatkan keputusan biopsi tidak berjaya kerana pegawai perubatan meminta untuk kembali ke hospital semula pada tarikh baharu yang ditetapkan.

Malah, dia berpendapat pihak hospital boleh berhubung dengan mereka menerusi telefon untuk memaklumkan perkara terbabit tanpa perlu hadir ke hospital bagi memudahkan urusan.

“Ingat dekat wad akan dapat result, tak dapat juga. Keluar wad, bagi pulak tarikh 20 Oktober untuk review result. Datang hari ini, tunggu lagi berjam. Last-last pakar cakap turn 27 Oktober ni, nanti datang balik 27 Oktober.

“Kenapa tak telefon je setakat nak bagi tarikh? Datang dari Besut ke Terengganu. Banyak hal nak kena korbankan.. Jumpa doktor setakat nak bagi tarikh? Sistem apa yang Kementerian Kesihatan Malaysia ada sekarang ni.. Kenapa tenat sangat?

“Ni belum cerita yang hospital Besut, cukuplah dulu. Bukan suka pun nak komplen. Adik aku kanser pankreas tahap 4, yang jaga ibu aku yang dah tua.

“Tak tahulah apa lagi cerita lepas ni,” ujarnya lagi.

Kanser pankreas tahap 4

image is not available

Gambar hiasan

Ada individu kongsi pengalaman yang sama

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir individu turut berkongsi pengalaman yang sama ketika mendapatkan rawatan di hospital.

image is not available image is not availableimage is not availableimage is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar adik kepada Syuhada segera sembuh seperti sedia kala dan berharap segala urusannya dipermudahkan.

image is not availableimage is not available

Sumber: FB Nor Syuhada