Seorang wanita baru-baru ini mengadu di media sosial mengenai isu kekurangan privasi di kolam renang di kediamannya yang terletak di kawasan eksklusif dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Video yang dimuat naik menunjukkan kolam renang di tingkat atas bangunan tersebut dipenuhi dengan orang ramai, dipercayai termasuk penghuni lain dan pelawat.
Wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila kolam renang yang sepatutnya menjadi tempat berehat bagi pemilik rumah turut digunakan secara meluas oleh pelawat Airbnb.
Akak beli rumah je tapi akak tak beli swimming pool tu pun hidup ni kene la sharing2 nama pun rumah condo.
Sendiri salah duduk rumah yang ada airbnb pic.twitter.com/YEwhjz1HQo
“Kat rumah pun tak ada privacy dah sekarang ni,” katanya dalam video itu.
Bagaimanapun, kenyataan wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Sebahagian besar daripada mereka menyatakan bahawa tinggal di kondominium atau bangunan tinggi sememangnya melibatkan perkongsian kemudahan seperti kolam renang.
“Akak beli rumah je, tapi akak tak beli swimming pool tu pun. Hidup ni kenalah sharing-sharing, nama pun rumah kondo,” tulis seorang netizen. Selain itu, ada juga yang menasihatinya untuk membangkitkan isu ini kepada pengurusan bangunan jika benar masalah berpunca daripada Airbnb.
Seorang lagi pengguna X berkata, “Kalau nak privasi, kena cari rumah landed. Tinggal di kondominium memang tak boleh lari daripada berkongsi kemudahan”.
Tidak kurang juga yang menyindir wanita tersebut, dengan mendakwa bahawa postingnya hanya cubaan untuk ‘humble bragging’ tentang kediamannya yang berlokasi strategik berhampiran KLCC.
“Semua gagal memahami tujuan video ini. Ini adalah cubaan humble bragging yang kurang tepat,” tulis seorang lagi pengguna X.
The post Wanita kecewa tiada privasi di kolam renang, netizen sindir ‘hidup kena berkongsi!’ appeared first on The Reporter.




