Wanita kembali memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, 5 info mengenai Hannah Yeoh 

3 Dec 2022 • 5:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HANNAH Yeoh seringkali ‘trending’ di laman sosial Twitter antara menteri wanita termuda di dalam barisan kabinet kerajaaan perpaduan.

Dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan, 43, memulakan kerjaya sebagai seorang peguam.

image is not available

Berikut lima info mengenai perjalanan kerjaya beliau yang mengagumkan:

1-Dilahirkan pada 9 Januari 1979, Hannah Yeoh pernah menjawat portfolio Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2- Ahli Parlimen P117 Segambut itu sebelum ini muncul sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada usia 24 tahun dari tahun 2013 hingga 2018. Beliau speaker wanita pertama dan yang termuda dalam badan perundangan di Malaysia.

3-Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau berkhidmat dua penggal di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N31 Subang Jaya (2008-2018).

4-Wanita hebat ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Tasmania, Australia.

image is not available

5-Hannah pernah bekerja sebagai peguam di Australia dan Malaysia sebelum menceburi bidang politik.

6-Hannah berkahwin dengan Ramachandran Muniandy dan memiliki dua cahaya mata perempuan.

Pemilihan untuk menerajui kementerian terbabit mengulangi rekod menteri wanita sebelum ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said yang pernah menjawat jawatan itu pada tahun 2004 hingga 2008.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi