
TAWAU: Seorang wanita yang juga pemilik syarikat didenda berjumlah RM40,200 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, pada Rabu selepas mengaku salah terhadap enam pertuduhan mengemukakan dokumen palsu, empat tahun lalu.
Juhanifah Musa, 37, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Jason Juga selepas tertuduh membuat pengakuan salah terhadap kesemua pertuduhan alternatif yang dilakukannya di SMK Abaka Tawau, pada 20 Julai 2020.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM6, 700 bagi setiap pertuduhan atau penjara tiga bulan, jika gagal bayar. Tertuduh membayar denda tersebut.
Dalam pertuduhan alternatif itu, wanita berkenaan didakwa bersubahat dengan Lahama Abdul Halim yang merupakan kontraktor dan rakan kongsinya, menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu tiga penyata bank syarikat Raudhah Enterprise.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Tertuduh juga didakwa memalsukan dokumen Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kerja Kerajaan CIBD Malaysia serta Sijil Pendaftaran Syarikat, kesemuanya atas nama syarikat Raudhah Enterprise.
Dokumen-dokumen palsu terbabit digunakan untuk menipu bagi mendapatkan Sebutharga Kerja-Kerja Penyelenggaraan Bangunan dan Kemudahan Lain yang berkaitan di SMK Abaka Tawau.
Juhanifah didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Nurul Izzati Sapifee dan dibantu pegawai pendakwa SPRM, Norsham Saharom.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



