Seorang lelaki bernama Huang di Daerah Changhua, Taiwan, terpaksa menahan derita apabila organ kemaluannya dipotong dan dibuang ke dalam tandas oleh teman wanita, ketika dia tertidur selepas makan mi segera yang diberi oleh wanita itu.
Suspek yang dikenali sebagai Feng terdahulu mengesyaki Huang curang dan bersekedudukan dengan wanita lain. Menyebabkan dia nekad bertindak menganiaya Huang.
Jam 8 malam, 30 Mac 2021, Feng menghancurkan lima pil tidur lalu dicampurkan dalam mi segera perisa ayam yang kemudian dihidangkan kepada Huang.
Kira-kira jam 11 malam, selepas mendapati Huang tidur di bilik, Feng mengambil gunting dari dapur dan terus memotong organ kemaluan Huang, segera dibuang ke dalam tandas.
Selepas kejadian itu, Feng menaiki teksi dan pergi menyerah diri di balai polis. Pihak berkuasa terus menghubungi ambulans untuk segera membawa mangsa ke hospital.
Tiba di hospital, Huang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Polis turut merampas sebilah gunting dan ubat tidur yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.
Doktor mengesahkan kemaluan Huang telah mengecil kepada 1.5 sentimeter dan tidak dapat melakukan aktiviti seksual.
Sementara itu ketika disiasat, Feng mengakui dia terdengar Huang bercakap dengan wanita lain bahawa dia mahu meninggalkannya. Hal itu menyebabkan Feng marah dan nekad mahu mencederakan mangsa.
Feng mengakui ketika dia melakukan serangan itu, Huang menjerit kesakitan. Dia pada awalnya mahu menghentikan niatnya, tetapi apabila teringat pada perbualan Huang bersama wanita lain, dia nekad untuk terus mengunting organ tersebut.
Mahkamah mendapati Feng sengaja menyerang mangsa sehingga mengalami kecederaan yang serius. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap Feng.
Sumber: See Hua Daily News via Goody
The post Wanita kerat organ kemaluan teman lelaki, buang dalam tandas kerana berang mangsa mahu meninggalkannya appeared first on The Reporter.


