Seorang wanita berkongsikan detik cemas apabila kereta yang dinaikinya bersama keluarga hampir musnah selepas diserang seekor gajah di Jalan Gerik beberapa hari lalu.
Ketika kejadian berlaku, katanya keadaan jalan sangat sunyi dan gelap tanpa sebarang kenderaan memberikan isyarat lampu tinggi (sebagai tanda amaran bahaya). Sekumpulan gajah dilihat cuba melintas dari arah kanan ke kiri jalan sebelum terganggu akibat sebuah kenderaan yang memecut laju dan menghampiri sekumpulan gajah tersebut.
Difahamkan, 12 ekor gajah berada di kawasan berkenaan semasa insiden berlaku.
kepada 1.0M views terima kasih singgah di vtt Sy,kronologi awal berlaku jln gerik keadaan gelap gelita,1 kenderaan pun xda bg high beam untuk alert,mungkin gajah baru keluar dari hutan sebelah kanan nk seberang ke hutan sebelah kiri, kitaorang dah berhenti tepi matikan lampu besar,perasan tak kereta hitam yg last sekali pecut tu kereta tu halang pergerakan sekawan gajah nak melintas,kebetulan naik bukit tu break mengejut pada sekawan gajah tu,kami dgn gajah xda lah dekat sgt,selepas kereta tu pecut, nampak penampakan seekor gajah berlari nak kejar kereta tu tp kami depan sekali apa lagi kena hempap la,masa berlari tu kami tutup lampu ingat kan dia marah ada cahaya,banyak kali dia hentam lepas tu dia pergi eh boleh pulak pusing dtg hentam balik,sebab side mirror tak patah,last sekali mati kan enjin,lama jgk dia hempap tu vd ni separuh dashcam x dpt on coz matikan enjin ada yg tanya kenapa tak pergi @ reverse memang tak sempat berlaku sekelip mata,rasanya kalau tak halang laluannya dia tak mengamuk,sepatutnya kereta tu reverse tp faham semua dlm keadaan panic & break mengejut Radio langsung tak on,duk dlm hutan jaga adab tak berhenti berzikir moga di lindungi,tp mungkin ujian bg kami sekeluarga Selamat pun dah syukur Alhamdulillah harta boleh cari,nyawa tiada ganti,masa kereta kena hempap tu hanya berserah minta Allah lindungi & permudahkan urusan kami,jgn uji di luar kemampuan kami kami pun ada Salah silap jgk kalau dah panic,jln gerik kitaorang tak biasa lalu tp tahu tempat tu ada abam kawasan,dah beringat pun kalau Allah berkata “Kun faayakun” tetap jadi Terima kasih pada yg follow depan & belakang bg cahaya ..kereta Bonet depan memang total lost,nasib tak pecah tangki air jer,Alhamdulilah kereta blh gerak walau pun remuk syukur Alhamdulillah #tragediApril2025#lebuhrayatimurbarat#gerikperak#videodshcam#perhilitangerik#habitatgajahliar#ujiantandaallahsayang
“Kami sangka hanya lima ekor, rupanya 12. Waktu tu, bunyi hempapan sangat menakutkan. Alhamdulillah Allah SWT masih lindungi kami sekeluarga
“Kami dah berhenti dan matikan lampu besar sebab tak nak kacau gajah, tapi tiba-tiba satu kereta laju datang dan halang pergerakan gajah. Seekor gajah berlari nak kejar kereta tu, tapi akhirnya kami yang kena hempap,” katanya.
Kembali menyerang
Lebih mendebarkan apabila gajah tersebut dipercayai beberapa kali menghentak kereta mangsa sebelum beredar, namun berpatah balik dan kembali menyerang.
Bagaimanapun, wanita ini akui semua pengguna jalan raya ketika itu panik berdepan dengan detik cemas.
“Ada yang tanya kenapa tak pergi atau reverse memang tak sempat berlaku sekelip mata,rasanya kalau tak halang laluannya dia tak mengamuk,sepatutnya kereta tu reverse tapi faham semua dalam keadaan panik dan break mengejut.
“Radio langsung tak on, duk dalam hutan jaga adab tak berhenti berzikir moga dilindungi,tapi mungkin ujian bagi kami sekeluarga. Selamat pun dah syukur. Alhamdulillah, harta boleh cari,nyawa tiada ganti. Masa kereta kena hempap tu hanya berserah minta Allah lindungi dan permudahkan urusan kami,jangan uji di luar kemampuan kami,” tambahnya.
Ekoran insiden berkenaan, beberapa bahagian kereta mangsa remuk di bahagian bonet depan kereta dan kedua-dua cermin sisi juga patah. Walaubagaimanapun, mangsa tetap meneruskan perjalanannya dari Gerik ke Pasir Mas dengan berpandukan garisan jalan dan bantuan cahaya dari kenderaan lain.
Perkongsian video dari Anif Auni telah meraih 3.8 juta tontonan dan rata-rata netizen mengucapkan syukur atas keselamatan keluarga berkenaan serta menzahirkan simpati atas dugaan yang dilalui mangsa sekeluarga.
The post Wanita kongsi detik cemas kereta dihempap gajah di Gerik appeared first on The Reporter.




