Wanita Kongsi Detik Menakutkan “Power Bank” Meletup Ketika Bekerja Di Pejabat

10 Nov 2025 • 12:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Kongsi Detik Menakutkan “Power Bank” Meletup Ketika Bekerja Di Pejabat

Umum ketahui, bank kuasa atau power bank merupakan peranti mudah alih yang digunakan untuk mengecas telefon bimbit atau peranti elektronik lain tanpa perlu soket elektrik.

Di sebalik saiznya yang nampak kecil dan biasa, ia sebenarnya berpotensi untuk membawa bahaya tanpa disangka-sangka.

Itulah pengalaman mengejutkan seorang wanita apabila power bank miliknya tiba-tiba meletup sewaktu dia sedang bekerja.

Kejadian ini dikongsikan sendiri oleh pengguna akaun @itsmefihaa menerusi aplikasi TikTok.

Tengah caj power bank, tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat dan keluar asap

Menurut @itsmefihaa, insiden mengejutkan itu berlaku sekitar jam 11.50 pagi ketika dia sedang mengecas power bank di pejabat sambil menumpukan perhatian pada kerja.

Namun secara tiba-tiba, bunyi angin kencang mengejutkannya, diikuti dengan asap tebal yang mula keluar daripada power bank tersebut.

“Saya sempat alihkan laptop dan cabut semua plug,” jelasnya.

Dalam sekelip mata sebelum power bank itu meletup dan menjulang api, @itsmefihaa bertindak pantas memutuskan semua sambungan elektrik, berjaya menyelamatkan pejabat daripada kerosakan lebih teruk.

Majikan dan rakan sekerja cuba bantu untuk padamkan api 

Ketika detik cemas itu berlaku, majikan wanita itu segera cuba membantu dengan menggunakan pemadam api. Namun disebabkan terlalu panik dan tidak tahu untuk menggunakannya, ia gagal berfungsi.

Tidak berhenti di situ, majikannya cuba menghubungi individu terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, pejabat tersebut mempunyai tiga tingkat. Pada waktu itu, @itsmefihaa bersama majikannya berada di tingkat bawah, manakala pekerja lain berada di tingkat atas.

“Ketika bos sedang membuat panggilan, saya terus mengambil alat pemadam api, mencabut semua pin dan berani menyembur ke arah api,” jelasnya.

Ketika individu terdekat tiba untuk memberikan bantuan, api ternyata sudah berjaya dipadamkan olehnya sendiri.

Menerusi rakaman video yang dikongsi, api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya, hanya asap yang mengepul memenuhi ruang pejabat, sekali gus meninggalkan suasana tegang tetapi terkawal.

Power bank digunakan hampir setahun

Menurut @itsmefihaa, power bank berkapasiti 10,000 mAh ini digunakan kurang daripada setahun. Walaupun dia membelinya pada harga RM100, ia tetap menimbulkan bahaya jika tidak digunakan dengan berhati-hati.

“Pastikan plug atau suis ditutup kalau nak tinggalkan. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Macam kejadian saya, kalau saya tidak duduk di situ, tak tahu lah apa yang akan jadi,” nasihatnya.

Wanita tersebut juga turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak meninggalkan peralatan elektrik ketika sedang dicaj.

@itsmefihaa

cerita harini, my powerbank terbakar! tengah cas powerbank tetiba terbakar nasib baik ada dalam office and otak otak bersambung, so selamat office dari terbakar image is not available #powerbank #fire #terbakar