Wanita Kongsi Kenapa RCBO Penting Bila Pasang "Water Heater" Di Rumah

Home & Living
15 Apr 2026 • 3:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wanita Kongsi Kenapa RCBO Penting Bila Pasang "Water Heater" Di Rumah

Wanita Kongsi Kenapa RCBO Penting Bila Pasang "Water Heater" Di Rumah

Pemanas air atau water heater kini menjadi keperluan bagi sesetengah individu, khususnya ketika musim sejuk.

Namun begitu, kebimbangan terhadap aspek keselamatan semakin meningkat.

Risiko renjatan elektrik akibat pemasangan yang tidak betul, penyelenggaraan yang lemah atau kerosakan peralatan boleh mengundang bahaya serius, termasuk kehilangan nyawa.

Sebenarnya, pemanas air adalah selamat digunakan jika dipasang oleh individu berpengalaman, diselenggara dengan baik serta pendawaian mematuhi spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.

Namun, tidak semua pengguna peka bahawa pemanas air juga perlu dilengkapi dengan satu peranti penting bagi “double protection”.

Seorang pengguna Facebook, Hazirah Hj Hamzah baru-baru ini telah berkongsi kelebihan peranti tersebut.

Perkara penting yang perlu diketahui sebelum memasang water heater

Tadi saya bertanya kepada suami saya (wireman berlesen ST – Suruhanjaya Tenaga) mengenai bagaimana boleh berlaku kebocoran arus elektrik pada water heater.

Sedangkan elektrik tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dan kadang-kadang alat pelindung pun tidak trip. Dia cakap mesti water heater tersebut telah rosak.

Sepatutnya, jika berlaku kebocoran arus sebelum air digunakan, sistem keselamatan pada water heater akan memutuskan bekalan elektrik secara automatik.

Lagi satu kena pasang satu lagi RCBO khas di DB untuk water heater sebagai double protection. Jika ELCB dalam water heater tu rosak, RCBO di DB boleh protect dengan trip di DB.

Namun begitu, ramai yang tidak mahu memasangnya kerana kos pendawaian akan menjadi lebih tinggi.

Bila ditambah RCBO, kos pemasangan boleh meningkat sekitar RM700–RM800.

Ramai yang membandingkan dengan harga lebih murah seperti “orang lain buat RM200 saja (guna kabel 2.5mm), kenapa sampai RM800? Tipu ke?”

Begitulah.

Sebenarnya, lebih baik merujuk kepada wireman bertauliah. Mereka biasanya akan mengesyorkan penggunaan kabel 4mm untuk water heater serta pemasangan RCBO bagi keselamatan tambahan.

Dalam hal pendawaian elektrik, jangan terlalu berjimat kerana ia melibatkan keselamatan nyawa. Pastikan guna wireman yang bertauliah, bukan buat secara sambil lewa.

Untuk pengetahuan, water heater juga biasanya mempunyai butang “TEST/RESET” untuk menguji sama ada alat tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Baca juga: