Wanita Jumpa Biawak ‘Istimewa’, Kongsi Kenapa Ia Tak Boleh Dibela Di Malaysia

8 Apr 2026 • 4:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Jumpa Biawak ‘Istimewa’, Kongsi Kenapa Ia Tak Boleh Dibela Di Malaysia

Apabila kita melihat biawak, ramai antara kita berasa takut atau kurang selesa, lalu memilih untuk menjauhkan diri secepat mungkin.

Seperti yang diketahui, biawak merupakan salah satu haiwan reptilia yang mempunyai sifat agresif terhadap manusia mahupun binatang lain.

Ini kerana, terdapat banyak kes yang pernah berlaku membabitkan serangan biawak terhadap manusia.

Malah serangan biawak juga boleh menyebabkan seseorang mengalami kecederaan parah seperti kulit terkoyak kerana haiwan reptilia ini mempunyai kuku serta gigi yang tajam.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang berasa gerun setiap kali terserempak dengan reptilia ini.

Biawak liar yang dikenali sebagai clouded monitor

Baru-baru ini, seorang wanita menemui seekor biawak yang 'istimewa' kerana ia merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya, dikenali sebagai clouded monitor atau Varanus nebulosus.

Menerusi hantaran @nurninafarisha di Threads, dia terlihat biawak berwarna coklat berada di pagar ketika sedang bersiar-siar di taman.

image is not available

“Saya terjumpa seekor biawak ini, bukan biawak biasa. Haiwan ini tidak boleh dibela di Malaysia kerana ia merupakan haiwan yang dilindungi sepenuhnya

“Walaupun ia haiwan liar, saiznya agak besar," katanya.

Lebih menarik lagi, clouded monitor memiliki dua kemaluan yang dikenali sebagai hemipenis, sekali gus menandakan ia berjantina jantan.

image is not available

Menurut @nurninafarisha, biawak akan cenderung memasuki tempat yang sempit seperti sekiranya ia berasa terancam atau tertekan, sebagai salah satu mekanisme pertahanan diri untuk melindungi diri daripada ancaman di persekitarannya.

Ini cara paling selamat untuk pegang biawak itu

Wanita ini turut menunjukkan cara paling selamat untuk memegang clouded monitor.

Dapat dilihat @nurninafarisha memegang bahagian hujung ekor dan tidak mendekatkan diri terlalu rapat dengan biawak tersebut.

“Ini bagi memastikan jika ia memusingkan kepala, ia tidak sempat menggigit saya. Selain mempunyai gigi yang tajam, biawak juga memiliki kuku yang sangat tajam.

image is not available

“Selain itu, biawak mempunyai pergerakan yang sangat laju. Jangan memandang rendah pada gigi dan kuku biawak walaupun saiznya kecil kerana ia berpotensi mencederakan manusia

“Kita juga tidak mengetahui apa yang dimakan oleh biawak liar ini, termasuk kemungkinan memakan bangkai, jadi besar kemungkinan air liurnya mengandungi bakteria.”

@nurninafarisha turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar membiarkan biawak tersebut dan tidak menangkapnya.

Baca juga: