Wanita Kongsi Rasa Kecewa Lepas Cuba Bantu Peniaga Lemang ‘Sendu’, Rupa-Rupanya…

Entertainment
25 Apr 2023 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap kali tibanya Aidilfitri pasti ramai di antara kita yang akan keluar pergi mencari lemang untuk dimakan bersama rendang dah lauk-lauk raya lain. Mesti korang biasa dah tengok gerai lemang yang ramai orang sanggup beratur panjang-panjang tu kan?

Namun, lain pula yang berlaku kalini, seorang gadis telah berkongsi melalui sebuah ciapan tentang pengalamannya membeli lemang ketika Hari Raya Aidilfitri.

Melalui ciapan tersebut, wanita itu meluahkan rasa kecewa apabila lemang yang dibeli itu dikatakan tidak masak dengan sempurna.

 

Wanita itu memberitahu bahawa gerai lemang tersebut terletak di sebelah gerai lemang yang lebih famous di kawasannya yang menyebabkan ia kurang mendapat perhatian.

“Beli lemang dari gerai ni sebab kasihan tak ada orang beli langsung. Gerai dia ni di sebelah gerai lemang yang famous di kawasan saya.”

“Tapi bila balik rumah dapat lemang yang macam kurang menjadi. Macam tak tahu ini nak makan lemang ke atau nasi putih atau wajik,” jelasnya.

image is not available

Dia kemudian menyatakan niat asalnya adalah untuk memeriahkan serta membantu menaikkan jumlah jualan gerai lemang yang ‘sendu’ itu.

Namun, setelah menerima lemang yang didakwa mentah itu, dia berkata bahawa selepas ini dia akan membeli lemang dari kedai yang famous atas sebab kualitinya yang terjaga dan terjamin.

“Lesson learned, beli je lemang famous. Ada sebab la kenapa orang beratur panjang setiap tahun, kualiti terjaga dan terjamin,” luah wanita tersebut.

Difahamkan wanita tersebut berasa kasihan apabila dia melihat peniaga berkenaan ‘termenung’ semasa menunggu pelanggan singgah ke gerainya.

“Kalau nampak gerai tak ada orang, Jangan pergi” – Netizen

Rata-rata netizen menyuarakan pendapat mereka mengenai pengalaman wanita tersebut serta memberi nasihat kepada wanita itu agar tidak membeli dari kedai yang tiada pelanggan.

image is not available

Mak aih, kalau korang dapat lemang macamtu korang buat apa?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.