Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

Home & LivingLifestyle
13 May 2026 • 5:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang rumah sewa, sering kali kedengaran keluhan dari tuan rumah tentang sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa sehingga ada yang digelar penyewa dari neraka.

Namun pernah tak anda bayangkan bagaimana jika seseorang itu terpaksa berhadapan dengan situasi sama malah turut tinggal dalam keadaan sedemikian rupa?

Wanita Kongsi Sikap Pengotor Rakan Serumah, Makanan Dalam Peti Ais Rosak

Itulah yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ain apabila rumah sewanya berbau busuk gara-gara sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor rakan serumahnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Ain dalam satu hantaran di Threads baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Ain berkongsi keadaan peti aisnya yang kotor dan penuh dengan barang-barang lama termasuklah ayam mentah.

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

Malah, dia turut berkongsi gambar mangkuk tandas yang kotor dan didakwa hanya digunakan oleh salah seorang rakan serumahnya itu manakala dia serta housemate yang lain menggunakan tandas berlainan.

Melalui hantaran itu juga, dapat dilihat keadaan sebahagian mangkuk tandas yang asalnya berwarna putih telah bertukar menjadi warna hitam.

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

“Sebulan tak masuk dapur. Tak masak. Balik kerja tadi sekali buka je peti ais, pergh ayam mentah tak tahu berapa dekad punya. Buka pintu rumah terus bau satu rumah.

“Toilet (tandas) pula tak payah cakap. Toilet tu she (dia) seorang je guna tak kongsi dengan mana-mana housemate lain,” tulisnya di Threads.

Wanita Hantar Mesej Dalam WhatsApp Sebelum Cuci Peti Ais Rumah Sewa

Dek kerana tidak tahan melihat keadaan itu, Ain terus bertanya kepada rakan serumahnya dalam kumpulan WhatsApp siapakah empunya barang-barang dalam peti ais berkenaan sebelum dia bertindak mencuci serta mengemas sendiri peralatan elektrik terbabit.

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

Namun jelas Ain di ruangan komen, tiada seorang pun rakan serumahnya tampil memberi respon terhadap pertanyaannya itu.

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

Kongsi Ain, meskipun dia telah mencuci peralatan elektrik tersebut namun bau busuk tersebut tetap tidak juga hilang.

“Aku sental cukup-cukup peti tu pun bau tak hilang eh. Balik kerja terus jadi bibik kejap, penat!” tulis Ain lagi.

View on Threads

Pengguna Media Sosial Kecam Sikap Pengotor Teman Serumah

Perkongsian yang telah mendapat lebih 122,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam sikap tidak bertanggungjawab teman serumah wanita itu yang membiarkan barang dalam peti ais membusuk serta tandas berada dalam keadaan kotor.

Malah, ada sesetengah warganet yang mempersoal bagaimana wanita serta teman serumahnya yang lain berhadapan dengan situasi sedemikian.

Pada masa yang sama, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sendiri tinggal dengan teman serumah sama seperti yang dihadapi oleh Ain.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Memang Wujud Ya Housemate Macam Ini Sebenarnya, Saya Tak Fajam Macam Mana Diorang Boleh Tahan & Tak Ada Rasa Geli”

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

“Tandas Macam Tu Aku Sanggup Keluar Duit Pergi Kedai Eco Beli Spray Yang Mold Punya”

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

“Macam Mana Dia Boleh Duduk Dalam Rumah Kotor Macam Kandang Haiwan Ni? Dahsyatnya Manusia Pengotor Ni”

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

“Saya Jarang Sekali Beli Lauk Basah Tapi Bila Saya Buka Peti Ais Ada Yang Tak Susun Kemas Atau Sayur Layu Ke Apa, Saya Memang Buang Tanpa Tanya, Manusia Macam Ni Memang Tak Pernah Sedar Pun”

Image from: Wanita Kongsi Sikap Housemate, Tandas Dibiar Kotor & Barang Dalam Peti Ais Membusuk Hingga Bau Satu Rumah

Baca Artikel Berkaitan: “Muka Cantik Tapi Perangai Macam Ni”- Pendedahan Gadis Sikap Pengotor Housemate Curi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewa Dari Neraka” – Sangat Pengotor & Selalu Kencing Di Sinki, Lelaki Nekad Halau Housemate [Video]

View Original Article