Wanita lemas terjatuh bot di Tasik Kenyir

30 Aug 2026 • 10:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita lemas terjatuh bot di Tasik Kenyir

KUALA BERANG – Seorang wanita warga emas maut selepas bot yang dia naiki terbalik akibat terlanggar tunggul kayu di sekitar Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, Wan Esah Wan Daud, 63, dari Felda Chiku, Kelantan datang ke Tasik Kenyir untuk bercuti di rumah bot bersama-sama 27 ahli keluarga.

“Pada 11 pagi semalam, mangsa menaiki rumah bot dari Tasik Kenyir menuju ke Taman Negara. Ketika sampai di lokasi kejadian kira-kira 4 petang, mangsa dan tiga ahli keluarga turun dari rumah bot yang diparkir di Gua Bewah untuk bersiar-siar dengan menaiki bot sebelum terlanggar tunggul kayu.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam air dan terperangkap di bawah bot. Mangsa berjaya diselamatkan ahli keluarga lain dan dibawa ke rumah bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharudin berkata, anak lelaki mangsa cuba memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa tidak menunjukkan perkembangan positif.

Mangsa kemudiannya dibawa menaiki bot Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selama sejam sebelum sampai ke daratan Tasik Kenyir.

“Mangsa yang mempunyai sejarah penyakit paru-paru disahkan meninggal dunia akibat lemas dan tiada unsur jenayah dikesan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti rekreasi terutama di kawasan tasik atau sungai,” katanya. – Kosmo! Online

The post Wanita lemas terjatuh bot di Tasik Kenyir appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved