
Wanita Malaysia Panggil Nama Amoi, Dara & Kelat, Reaksi Tiga Gajah Ini Undang Sebak
Tiga ekor gajah Malaysia yang kini berada di Zoo Tennoji di Osaka, Jepun meraih perhatian baru-baru ini.
Orang ramai menggesa agar tiga gajah yang dinamakan Dara, Amoi dan Kelat itu dibawa pulang semula ke Malaysia.
Bahkan, satu petisyen telah dibuat menerusi laman Care2 dan mendapat ratusan ribu sokongan.
Baca juga:Terbaru, 'kerinduan' orang ramai terhadap gajah-gajah itu sedikit terubat apabila seorang rakyat Malaysia berkongsi ketika dia pergi ke zoo itu.
Reaksi Amoi, Dara & Kelat bila nama dipanggil
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @qasehdeeyana2, Dara, Amoi dan Kelat dilihat memberi sedikit reaksi apabila nama mereka dipanggil.
Qaseh berkata dia yang pada ketika itu melancong ke Jepun berpeluang untuk menyaksikan gajah Malaysia itu.
Terdapat beberapa lagi pengunjung lain turut menyaksikan telatah gajah-gajah itu.
Dalam beberapa lagi video lain, Amoi dan Dara juga dilihat seakan teruja ketika Qaseh menyebut nama mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sedih melihat ketiga ekor gajah itu.
"Sedih wei bila tengok dia pandang arah suara yang panggil dia, saya kalau dekat sana pun nangis"
"Siapa nangis sama-sama dengan saya?"
"Mesti dia terkejut eh sapa pulak panggil nama kita tu, mesti dia rindu suara orang Malaysia"
"Gajah memang faham apa kita cakap ya..kawasan kebun rumah saya ni ada 3 ekor gajah anak beranak selalu lalu..biasa lalu tepi kebun jauh dari rumah. Tapi 1 hari mereka lalu betul-betul belakang rumah, saya cakap lalu jauh sikit..jangan dekat sangat dengan rumah..kali kedua mereka lalu jauh sikit dari rumah"





