
Seorang wanita warga Malaysia yang disabitkan dengan beberapa kesalahan mencuri sejak 1972 di Singapura, dijatuhi hukuman penjara empat tahun kelmarin kerana sekali lagi mencuri, lapor laman berita Mothership baru-baru ini.
Ng Kim Swee, 75, pernah didenda pada 1971, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 2004 dan pernah dihantar ke penjara beberapa kali.


