Wanita Masak ‘Tahi Lembu’ Buat Netizen Loya -“Kembang Tekak Aku”

EntertainmentFood
15 Nov 2023 • 2:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Indri Balina masaktahi lembu‘ yang juga merupakan makanan tradisional keturunan Taro yang dikenali sebagai ‘trites’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Indri di laman TikToknya, dia menunjukkan proses untuk membuat makanan tersebut dari awal hingga ke akhir kepada umum.

Wanita masak ‘tahi lembu’

Difahamkan, bahan utama yang diperlukan untuk membuat trites adalah sisa makanan di dalam usus lembu dan juadah ini merupakan menu mahal di Indonesia kerana perlu mengorbankan seekor sapi.

Rumput-rumput di dalam usus lembu akan dikeluarkan serta ditapis untuk mendapatkan air untuk direbus bersama dengan daging dan bahan-bahan yang lain.

Bukan itu sahaja, Indri menegaskan makanan tersebut adalah halal untuk dimakan kerana baha-bahan yang digunakan dari sumber halal dan bersih.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen tak sanggup nak makan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sanggup untuk menjamah makanan tersebut memandangkan ia datang dalam usus lembu yang sudah semestinya mempunyai bau tak menyenangkan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Halal ke tak tu?

Malah, ada juga segelintir individu yang mempersoalkan status makanan tersebut sama ada halal atau tidak untuk dimakan bahkan mereka menegaskan masih banyak lagi pilihan juadah lain untuk dinikmati.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Indri Balina