Pengasas Akui Banyak Masalah Dengan Omegle, Bakal Ditutup Selepas 14 Tahun Beroperasi

Entertainment
12 Nov 2023 • 1:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah laman web sembang dalam talian popular yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali, Omegle, telah ditutup selepas 14 tahun beroperasi.

image is not available

Laman web popular yang membenarkan orang ramai bersembang, bercakap dan berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali dari seluruh dunia, telah ditutup selepas 14 tahun.

Memetik laporan The Indian Express Pemilik laman web itu, Leif K-Brooks, berkata beliau membuat keputusan itu kerana berada dalam tekanan termasuk dari sudut pengoperasian dan memerangi penyalahgunaannya.

image is not available

Untuk rekod, diasaskan pada 2009, Omegle ialah platform yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan orang rawak di internet tanpa perlu mendedahkan sebarang butiran tentang diri mereka.

Perkhidmatan ini menyaksikan peningkatan dalam penggunaan semasa pandemik COVID-19, kerana ramai orang terperangkap di sekitar rumah mereka dan tidak dapat bertemu dengan orang lain.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan sembang dalam talian sering diselubungi isu berikutan pengguna sering mengadu tentang isu pedofilia, perkauman, penderaan dan seksisme.

image is not available

Omegle telah mencuba menyelesaikan isu itu dengan memperkenalkan bilik sembang sederhana, bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan had umur minimum daripada 13 kepada 18 tahun.

Namun perkara ini masih berlaku berikutan tiada proses pengesahan umur dan kebanyakan pengguna yang terlibat dikenakan tindakn sewajarnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.