Wanita Mat Saleh ‘Interview’ Tapi Berbaju Seksi, Netizen Puji Yusuf Bahrin Jaga Pandangan – “Jenuh Kena Tengok Langit Nak Bercakap”

LocalEntertainment
8 Sep 2025 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Yusuf Bahrin telah meraih pujian daripada warganet susulan menjaga adab sewaktu ditemu ramah oleh seorang wanita ‘mat saleh’ bagi perlawanan bola sepak yang berlangsung di Johor.

Dapat dilihat melalui video yang dimuat naik di platform TikTok, Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin dilihat sedang ditemu ramah oleh wanita luar negara.

Namun begitu, pakaian wanita mat saleh itu dianggap kurang sopan dan terlalu mencolok mata hingga menampakkan bahagian dada.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji sikap suami penyanyi, Zizi Kirana itu kerana berusaha menjaga pandangannya.

image is not available

image is not available 2025-09-08 09:08:08

Video Yusof Bahrin Bersama Wanita Di TikTok Jadi Bualan – "Respect Sikit, Bini Tengah Berjuang Di G*za…”